MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM mendokong penubuhan D-8 Youth Council

Oleh :

Sdr. Jufitri Joha

Presiden Majlis Belia Malaysia

D-8 Youth Council (D-8YC) telah diusulkan penubuhannya oleh wakil Nigeria khususnya selepas D-8 Youth Summit pada 5 April 2021 yang dihoskan oleh Kerajaan Bangladesh sempena sidang kemuncak D-8 Organization for Economic Cooperation.

Penubuhan D-8 merupakan cetusan idea mantan Perdana Menteri Turki, Prof. Dr. Necmettin Erbakan pada Oktober 1996 dalam Seminar ”Cooperation in Development” di Istanbul, Turki. D-8 terus ditubuhkan dengan keanggotaan dari 8 negara membangun Malaysia, Turki, Nigeria, Iran, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Mesir seterusnya bersidang buat pertama kali di Istanbul pada Jun 1997.

D-8 membentuk 15.3% daripada keseluruhan penduduk dunia bertujuan memperbaiki kedudukan anggotanya di persada ekonomi dunia sambil mencipta peluang baharu dalam hubungan perdagangan, mempertingkatkan partisipasi pembuatan keputusan di peringkat antarabangsa dan menyediakan kehidupan yang lebih baik.

D-8 beribupejabat di Istanbul dengan Setiausaha Agungnya yang ke-5 dan terkini datang dari Malaysia iaitu Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari.

Penubuhan D-8YC amat bertepatan dengan kekuatan 207 juta anak muda (15-24 tahun) daripada 1.1 billion anak muda global yang harus digembeling ke arah pemantapan visi dan agenda ummah dalam pelbagai aspek terutamanya ekonomi. D-8YC turut boleh digembelingkan untuk menjayakan agenda dan misi besar D-8 iaitu merealisasikan agenda pembangunan sosio-ekonomi yang berteraskan prinsip berikut:

Peace instead of conflict.

Dialogue instead of confrontation.

Cooperation instead of exploitation.

Justice instead of double standard.

Equality instead of discrimination.

Democracy instead of oppression.

D-8YC telah menggariskan pernyataan misi seperti berikut :

• We commit ourselves to work together to solve the problems of Economic disparities in our countries so as to end poverty and improve the socio-economic status of the youth for sustainable development;

• We reaffirm our commitment to enhance cooperation in the field of energy to develop alternative and renewable energy resources, in the field of women and children to promote social security development, in the field of agriculture to promote food security, in the field of economy to promote entrepreneurship so as to end unemployment among youth;

• We emphasize the importance of D8Youth in contributing to the Economic development of its member countries and ensure that it promotes global trade.

Nilai teras yang mendasari D-8YC adalah pemikiran inovatif, kerja berpasukan dan pembangunan lestari dan D-8YC bermotokan “Young Minds Succeeding Together”.

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat aktif dalam D-8 Youth Summit pada 5 April 2021 dan diundang untuk membentuk jawatankuasa penaja penubuhan D-8YC bersama-sama 7 lagi wakil belia negara anggota D-8. MBM menyahut tawaran dan cabaran ini memandangkan MBM sudah pun terkehadapan penglibatannya di pentas dan arena pertubuhan belia antarabangsa.

MBM melihat peluang yang amat signifikan ini bagi memperluas dan memperkukuhkan jaringan antarabangsa dan memainkan peranan yang penting berkongsi pengalaman dan kekuatan MBM dengan negara anggota khususnya dalam aspek kepimpinan dan ekonomi. Platform ini juga penting bagi MBM dan belia Malaysia belajar pelbagai aspek daripada 7 lagi negara anggota.

MBM amat memahami idea dan falsafah yang digagaskan oleh bapa D-8 iaitu Prof. Dr. Necmettin Erbakan untuk kebaikan 8 negara anggota sambil MBM memperkuatkan dokongan penubuhan D-8YC.

MBM telah pun menyertai mesyuarat pertama penubuhan penaja D-8YC pada 12 Mei 2021 secara Zooming.

Bertarikh : 28 Mei 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »