MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Menandatangani MoU Bersama UUM

Sintok | 16 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Presidenya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengetuai delegasi bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBM dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Anjung Tamu UUM Sintok, Kedah.

MoU yang ditandatangani ini merupakan satu pemerteraian kerjasama rasmi bagi kedua-dua belah pihak untuk menggiatkan lagi pelbagai program secara bersama khususnya dalam aspek sumbangan pakar rujuk penggubalan polisi dan penyelidikan pembangunan belia.

Pihak MBM juga menyambut baik tawaran kerjasama yang dilontarkan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan dalam memperkukuhkan kerjasama belia khususnya dalam mensinergikan mahasiswa dan komuniti.

MBM turut berkunjung ke Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) yang disambut Prof. Dr. Rohafiz (Pengarah IPDM) bagi melanjutkan perbincangan bagi memperkukuhkan pelaksanaan program sedia ada antara kedua-dua pihak seperti Sekolah Politik yang telah bermula sejak 2018. Hasil perbincangan, kedua-dua pihak telah komited untuk merangka pelbagai lagi program belia bagi 3 tahun kedepan.

Turut hadir bersama delegasi ialah Sdr. Hasnul Haniff (Setiausaha Agung MBM), Sdr. Amir Murshidi (Presiden Majlis Belia Kedah), Sdr. Mohd. Azlan (Timbalan Presiden Majlis Belia Kedah), Sdr. Mohd. Azrie (Setiausaha Kehormat MBN Kedah) & Sdr. Nizam (Pengerusi Majlis Belia Pokok Sena).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »