MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Melihat Kempen Pemilu 2024 Indonesia

Jakarta| 31 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden dan Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari telah mengadakan kunjungan ke daerah Jakarta Pusat bagi melihat perjalanan kempen Pilihan Raya Indonesia #Pilpres#Pemilu2024 yang sedang berlangsung tahun ini.

Antara acara yang dikunjungi MBM adalah kempen yang dikenali sebagai “Reses”. Acara ini merupakan satu program berbentuk “townhall” komuniti setempat bagi mengadukan terus permasalahan kepada calon parti yang bertanding dengan diiringi wakil pemerintahan setempat.

Turut hadir pada sesi tersebut, Calon Legislatif DPRI DKI Jakarta 2, Mbak Marsha Damita Siagian serta Pak August Hamonangan yang mewakili Partai Solidaritas Indonesia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »