MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-MBNPP-KBS-IYC-USM anjur Bengkel Mobilisasi Sukarelawan dedah belia ilmu asas kesukarelaan

Kedudukan geografi Malaysia yang terhindar dari lingkaran api pasifik menyebabkannya selamat daripada risiko bencana alam seperti yang banyak dihadapi negara di dunia. Namun penyataan ini bukanlah alasan untuk kita mengambil mudah isu ini. Lebih-lebih lagi negara juga pernah berhadapan dengan beberapa siri bencana seperti gempa bumi selain musibah banjir yang kerap diterjadi.  

Justeru itu, Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Pusat Belia Antarabangsa dan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Bengkel Mobilisasi Sukarelawan Satria Bersama MBM-MBNPP 2023 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember 2023 di Universiti Sains Malaysia.

Seramai 25 orang belia mahasiswa didedahkan dengan ilmu asas kesukarelaan dalam program ini meliputi bantuan kecemasan, koordinasi bantuan, pengendalian peralatan, radio amatur, terapi diri dan emosi seterusnya melatih dan mempersiapkan sukarelawan dalam merespon dengan cepat dan efektif terhadap situasi bencana.

Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM yang hadir menutup program ini berkata, dengan ilmu intelektual sebagai pelajar universiti, sumbangan mereka amat diperlukan bukan hanya setakat kerja-kerja pembersihan seperti kelaziman tetapi banyak skop lain seperti sukarelawan terapi dan emosi, kaunseling kesihatan mental kepada mangsa-mangsa khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas di pusat penempatan.

Peserta-peserta program terdiri daripada mahasiswa dan penggerak sukarelawan.

Hadir sama Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir dan Sdr. Hafiz Ali Anuar, Presiden MBN Pulau Pinang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »