BESUT 29 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memeterai persefahaman bersama TP Raed Agro Sdn Bhd dengan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan UNISZA di UNISZA Kampus Besut.
Dalam majlis ini, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili MBM menandatangani dokumen persefahaman ini sambil disaksikan oleh Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM.
Ketua Pegawai Eksekutif TP RAED Agro Sdn Bhd, Dato’ Rosmadi Ghazali mewakili TP RAED Agro disaksikan oleh Sdr. Shahril Hafizzie Shafie, Ahli Lembaga Pengarah TP Raed Agro Sdn Bhd.
Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UNISZA pula diwakili oleh Dekannya, Prof. Dr. Hafizan Juahir.
Hadir sama Sdr. Mohd Syahir Mohd Yusof, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM; Ahli Lembaga Pengarah TP RAED Agro Sdn Bhd; pimpinan Majlis Belia Daerah Besut; Majlis Belia Daerah Setiu dan pengurusan tertinggi Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UNISZA.
Usai majlis, semua tetamu dibawa melawat ladang keledek Vitato yang diusahakan oleh fakulti seluas 5 ekar dan ladang usahasama MBM, TP RAED Agro Sdn Bhd dan UNISZA di Rhu Tapai, Setiu seluas 30 ekar yang dirancang bagi tanaman ubi keledek dan betik.
MBM telah ditawarkan sebanyak 2 ekar yang mana akan menjadi sebagai Projek Inkubator MBM.
Antara tujuan usahasama ini adalah antaranya sebagai sistem sokongan rantaian makanan dan menyokong agenda keselamatan makanan negara. Di samping itu juga sebagai medium peluang pekerjaan kepada golongan belia setempat.