MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM & MAJLIS BELIA ORANG ASLI (MBOA) SOKONG INISIATIF KEMENTERIAN SUMBER MALAYSIA BANTU BELIA ORANG ASLI

CAMERON HIGHLANDS 2 November – YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia hari ini telah mempengerusikan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa strategi berkesan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat Orang Asli khususnya golongan belia agar menyertai bidang TVET.

Melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, dan Sumber Manusia Berhad (PSMB), perlaksanaan inisiatif ini bakal memfokuskan kepada usaha meningkat kesedaran masyarakat Orang Asli mengenai peluang-peluang latihan dalam bidang kemahiran sama ada secara sepenuh masa ataupun melalui kursus-kursus jangka pendek di samping menerapkan aspek keusahawanan.

Mesyuarat yang turut melibatkan wakil-wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Mahkamah Perusahaan, Majlis Belia Malaysia (MBM)dan lain-lain persatuan-persatuan yang diuruskan oleh orang asli.

MBM dan MBOA mencadangkan agar inisiatif yang bakal dijalankan biar sesuai dengan keperluan Belia OA dan inisiatif ini dapat menambahbaik ekosistem OA dan mesti dilaksanakan.

Berkesempatan memperkenalkan produk Belia OA kepada YB Menteri dan berkongsi hasil anak muda OA (straw buluh) dan memaklumkan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MBM &MBOA dalam membantu belia OA terutamanya dari segi pembangunan ekonomi masyarakat OA.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »