MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM LANCAR SKUADMEPS BANTU KERAJAAN TINGKAT KESEDARAN PENGGUNA SISWA

KUALA KANGSAR 13 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM), Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan Program Skuad MEPS: Menggerak Pengguna Siswa bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

SkuadMEPS merupakan salah satu program jangka masa panjang kolaborasi MBM dan KPDNHEP agar sentiasa relevan, berdaya saing dan menarik perhatian golongan mahasiswa untuk menyertainya.

Ia merupakan platform yang efisien dalam melahirkan mahasiswa yang celik kepada ilmu dan budaya kepenggunaan di Malaysia dan berhemah serta mampu menjadi penggerak generasi masa depan kepada pengamalan budaya kepenggunaan yang sihat di peringkat institusi pengajian awam.

Majlis Pelancaran Skuad MEPS disempurnakan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Beliau berkata, program tersebut merupakan pembangunan kapasiti bagi melatih mahasiswa cakna terhadap isu kepenggunaan.

Manakala pada sebelah petang, Turut berlangsung Majlis Perasmian Skuad MEPS Peringkat Negeri Perak yang dilakukan oleh Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Kangsar, Haji Puad Abd Hamid di lokasi sama.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan kepada penggerak-penggerak SkuadMEPS Negeri Perak sebagai negeri pertama penganjurannya.

Antara pengisian program ialah bengkel kepenggunaan dengan topik “transaksi atas talian”, “food bank” dan “pengguna di kampus”. Di akhir program, satu resolusi akan hasilkan dan dibawa ke peringkat tertinggi kementerian.

Semua pihak perlu sama-sama berusaha dan menggembleng tenaga dalam memastikan seluruh warga Malaysia dapat dibangunkan menjadi warga yang cakna isu-isu kepenggunaan. 

Mahasiswa juga tidak terkecuali memainkan peranan selaku generasi yang berilmu pengetahuan dan mesra media sosial. Apa yang diperlukan oleh mahasiswa adalah mendapat maklumat yang tepat dan benar untuk memudahkan mereka menyalurkan semula maklumat tersebut dengan cepat dan pantas.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »