MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-KUSKOP teroka kerjasama majukan belia dalam bidang usahawan dan koperasi

PUTRAJAYA 21 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di pejabat beliau bagi berkongsi dan berbincang berkenaan kerjasama untuk meneroka peluang lebih luas kepada belia di dalam kerangka keusahawanan dan koperasi.

YB Timbalan Menteri menyatakan minat dan sokongan penuh untuk membantu program-program yang sesuai dijalankan bersama-sama.

Beliau juga meletakkan komitmen untuk memastikan pintu kementerian sentiasa terbuka buat belia yang ingin mengembangkan lagi segmen keusahawanan dan koperasi dengan lebih besar.

Turut sama hadir, Dato’ Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap PengerusiJawatankuasa Ekonomi, Perindustrian dan Keusahawanan; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM; Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.

Terima kasih YB Dato.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »