MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kunjungi Mantan Presiden MBM ke-9, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam

AYER KEROH 19 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan pertemuan kepada TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam bertempat di Istana Negeri.

Pertemuan diketuai Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ini bagi mempersembahkan perkembangan terkini MBM di samping rakaman video dokumentari Jubli Intan MBM yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

TYT Tun yang juga merupakan mantan Presiden MBM ke-9 (sesi 1988-1990) berkongsi pengalaman ketika menerajui MBM.

Pada eranya, MBM aktif menjuarai isu rakyat, hal-hal dalam negara dan antarabangsa sehingga diangkat menjadi Presiden World Assembly of Youth (WAY).

Beliau berharap kepimpinan MBM hari ini terus aktif, memfokuskan isu kepimpinan, kemahiran dan kesukarelaan bagi melahirkan lebih ramai belia-belia yang berkualiti yang mampu menangani setiap permasalahan negara.

Hadir sama Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli dan Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »