MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Kunjungi DT MBM Sebagai Calon PRN15

9 Ogos 2023 | Selangor

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengunjungi dua orang Ahli Dewan Tertinggi MBM yang menjadi Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Sijangkang.

Kedua – dua mereka adalah Dato Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor , Calon PRN 15 N03 Sungai Panjang dan Sdr. Mohd Al- Hafizi Abu Bakar, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan, Calon PRN 15 N51 Sijangkang.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.

Turut sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM dan Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM.

MBM mendoakan segala urusan kepada calon-calon dipermudahakan dan sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berkempen.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »