MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-Koperasi MyOKU-SAG Sdn Bhd-YBK bincang kerjasama Projek Penanaman Sorghum

KELANA JAYA 20 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM), Koperasi MyOKU dan Shahrez Amani Global Sdn Bhd telah mengadakan pertemuan dengan pihak Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di pejabat operasinya di Kelana Jaya.

Pertemuan ini bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam perancangan pelaksanaan Projek Penanaman Sorghum.

Sorghum merupakan tanaman yang boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, mempunyai ketahanan kepada kemarau dan suhu. Ia berpotensi sebagai alternatif sumber makanan ruji di pelbagai negara.

Antara produk hasil Sorghum seperti silaj (alternative makanan kepada ruminan), gula merah, sirap, sumber bijirin dan lain-lain.

Pelaksanaan ini juga adalah sebagai pelopor kepada peluang pekerjaan terutamanya golongan belia di samping sebagai alternatif pelbagai sumber makanan.

Hasil perbincangan mendapat respon positif daripada Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom; Penasihat Pentadbiran YBK, Datin Dr. Hajah Hartini Osman dan Pengurus Besar YBK, Encik Sherhan Nizam Abdul Aziz.

MBM menyokong penuh usaha pelopor kepada projek tanaman ini. MBM percaya banyak pihak akan mendapat manfaat terutamanya dari segi peluang pekerjaan dan sektor sumber makanan sama ada untuk binatang ternakan mahupun makanan ruji.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »