MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kongsi kesedihan #MH17

KENYATAAN MEDIA

SDR. MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE

PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kami seluruh warga Majlis Belia Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan DITEMBAK JATUH di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 (Khamis) pada jam 12.30 malam (waktu Malaysia).

MBM ingin berkongsi rasa dukacita dan amat bersedih di atas kemalangan tersebut yang diberitakan telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal dan berharap ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa agar terus TABAH. MBM yakin kerajaan MALAYSIA akan berusaha MENGAMBIL LANGKAH TERBAIK DAN menyiasat tragedi seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

MBM mendesak agar pihak Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dengan segera untuk mengadakan persidangan khas bagi membuat satu ketetapan kepada isu ini.

MBM melihat isu ini merupakan isu global yang mesti ditangani oleh seluruh negara kerana ianya melibatkan nyawa orang awam yang tidak bersalah dan mahu PBB menjalankan siasatan yang terperinci bagi menjawab segala persoalan.

MBM juga menyeru kepada masyarakat agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sah mengenai nahas di media-media sosial serta hormatilah perasaan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang kini berada dalam kesedihan.

Akhir sekali, MBM akan terus memberi sokongan kepada seluruh warga Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan berharap mereka TERUS CEKAL DAN memberi khidmat yang terbaik kepada PENGGUNA DI serta dunia.

18 Julai 2014

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »