PUTRAJAYA 23 Sep – Baru-baru ini Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput sebagai antara panel pakar dalam Forum dan Perbincangan Meja Bulat Modul Ekonomi Biru (RTD Blue Economy Model) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Hotel Everly.
MBM diwakili oleh Penolong Ketua Penerangan, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin yang berkongsi idea dan pandangan dalam konteks belia.
Forum ini bertujuan untuk memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui segmen ekonomi Biru dengan pengkhususan kepada 4 halatuju utama iaitu perikanan dan akuakultur lestari, ekosistem marin lestari, tenaga biru, pelabuhan maritim dan pengangkutan serta keusahawanan ekonomi biru.
Jutaan terima kasih atas undangan kepada pihak MBM dan tahniah di atas kejayaan penganjuran dan asas perbincangan bermakna untuk kemampanan ekonomi negara.