MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kongsi cadangan dalam sesi Libat Urus Belanjawan 2024 KKDW

PUTRAJAYA 7 Sep – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez telah mewakili MBM menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 bersama Pemain Industri dan Pihak Berkepentingan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di Bangunan KKDW di sini.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Program diadakan bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak agensi kerajaan, NGO, swasta serta pemegang taruh kementerian sebagai persediaan Bajet KKDW dalam Belanjawan 2024 agar selari dengan Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat antaranya melibatkan infrastruktur asas luar bandar dan modal insan.

MBM turut memberikan beberapa cadangan dalam sesi ini dalam skop kepentingan melibatkan golongan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »