KUALA LUMPUR 24 April – Hari ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada kepimpinan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) yang diketuai Bapak Tantan Taufik Lubis di Wisma MBM.
Beberapa perkara penting dibincangkan antaranya untuk merejuvenasikan kembali platform Dialog MALINDO (Malaysia-Indonesia) sebagai jambatan penting memberdaya semangat serumpun kedua-dua negara merentas politik.
Turut dibangkitkan beberapa program penting semasa Kepengerusian ASEAN kepada Malaysia pada 2025. Kedua-dua negara sepakat untuk meningkatkan kerjasama dalam menjayakan program yang telah mendapat persetujuan awal.
Taklimat dan sesi perbincangan dikendalikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM. Turut hadir Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.











