PUTRAJAYA 3 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengetuai sesi pertemuan di antara Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican bersama NGO Belia Islam MBM (NBIM)
NBIM diasaskan pada tahun 2019 menggabungkan NGO Belia Islam (gabungan MBM) dan bukan gabungan.
Ini merupakan sebahagian peranan MBM merangkul pelbagai grup belia agar menjadi inklusif dan solid membawa suara pelbagai kelompok belia dan dalam konteks NBIM membawa suara belia Islam.
NBIM juga turut berpeluang berinteraksi bersama belia pelbagai kaum dan agama di bawah gabungan MBM.
Rumusan hasil pertemuan tersebut:
1) YB Menteri mendokong NBIM sebagai platform dialog berterusan dan mencadangkan pertemuan berkala dengan beliau;
2) YB Menteri mencadangkan penganjuran Konvensyen Belia Islam Malaysia (KOBIM) bagi menghasilkan pelan strategik dan gerak kerja tersusun. Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM Datuk Syed Osman, Sdr. Iqmal Mahadi, Sdr. Mohamad Nazri Latiff dan wakil-wakil NBIM.