MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kecam tindakan biadap Jocelyn Chia

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam tindakan seorang pelawak komediri bernama Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia sebagai subjek komedi beliau di sebuah kelab berpangkalan di Amerika Syarikat. Tindakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Malaysia malah menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan lawak adalah satu perkara yang boleh disifatkan biadap dan kurang ajar.

Kebebasan berkarya dan bersuara harus diletakkan hadnya, apatah lagi mengaitkannya dengan tragedi melibatkan nyawa orang yang tidak berdosa dan perasaan keluarga mangsa. Jocelyn Chia harus bertanggungjawab atas keterlanjurannya dan meminta maaf khususnya kepada keluarga mangsa MH370 dan rakyat Malaysia.

Sekiranya tiada permohonan maaf, maka beliau harus disenaraihitam dan diharamkan dari masuki negara ini.

MBM percaya insiden ini tidak akan mengganggu gugat hubungan diplomatik dan setiakawan antara Singapura dan Malaysia, namun MBM menyeru warganegara kedua-dua negara berjiran ini untuk mengamalkan sikap hormat menghormati dan menjaga sensitiviti.

MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 8 Jun 2023

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »