Friday, 23 April 2010
Rawang, 22 April 2010 – Bagi mendekati para belia yang terlibat dalam industri perkilangan, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil inisiatif untuk mendekati golongan ini dengan membuka kaunter penerangannya di kilang Perodua, Rawang Selangor. Kaunter ini dibuka bersempena dengan Majlis Pelancaran Pengeluaran Kenderaan Perodua yang ke 1.7juta unit yang telah dirasmikan oleh YAB. Tan Seri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kaunter MBM ini juga turut mengadakan kempen pendaftaran sukarelawan MBM dan kempen ini diketuai sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM bersama beberapa Exco dan juga beberapa wakil dari Majlis Belia Selangor.