PUTRAJAYA 31 Mei – Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia (MBM telah menjayakan Program “Singgah Sahur Putrajaya” anjuran Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA).
Program Singgah Sahur ini diadakan sebagai salah satu cara bagi menghargai sumbangan ahli bomba dan anggota polis. Program bermula di Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Wakil pihak Bomba yang bertugas telah menerima juadah sahur serta kit bag Kasih.
Team Singgah Sahur bergerak ke IPD Putrajaya. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Dr Hamidah Mat, Setiausaha KASIH MALAYSIA dan bacaan doa dari wakil Polis. Penyampaian Kit Kasih telah disampaikan kepada wakil IPD Putrajaya, ACP Rosly Hassan, Tuan Ketua Polis Daerah Putrajaya. Program dihadiri oleh Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi (Pengerusi Biro) dan Exco MBM, Sdri. Nazira Roslee (Timbalan Pengerusi Biro).