MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM jayakan majlis Memperingati Profesor Dr. Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR 21 Sep – Dalam satu majlis yang penuh bermakna, Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung telah hadir bagi memperingati tokoh tersohor negara, Allahyarham Profesor Dr. Syed Husin Ali.

Acara yang berlangsung di Universiti Malaya ini bukan hanya menghimpunkan tokoh ilmuan dan aktivis sosial, tetapi juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai tetamu kehormat.

Sejurus selesai majlis, Presiden MBM berkesempatan berbual ringkas dengan YAB Perdana Menteri.

Dalam perbualan itu, beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang perkembangan terkini dan hala tuju pergerakan belia di Malaysia. Beliau menegaskan betapa pentingnya belia sebagai tulang belakang negara dan menyatakan sokongan padu kerajaan terhadap inisiatif-inisiatif yang membina masa depan belia.

Kehadiran dan penglibatan MBM selaku penganjur bersama di majlis ini bukan sahaja hanya sebagai tanda penghormatan kepada legasi Allahyarham Profesor Syed Husin Ali, tetapi juga sebagai satu langkah untuk memastikan aspirasi dan perjuangan yang dibawa Allahyarham mampu diteruskan oleh belia massa.

Melalui penglibatan kami dalam majlis seperti ini, MBM komited untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat dan membentuk generasi belia yang lebih proaktif, berdaya saing, serta mampu memimpin dengan nilai-nilai progresif.

Kami yakin bahawa peranan belia dalam membangunkan negara amatlah penting, dan usaha ini akan terus diperjuangkan demi masa depan yang lebih cerah melalui pencerahan sejarah lampau.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »