KUALA LUMPUR 13 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama airasia academy bertempat di KL Sentral di sini.
Pertemuan bagi membincangkan mengenai ruang kerjasama yang boleh dijalinkan antara MBM dan airasia academy khususnya tawaran atau peluang yang ada untuk manfaat belia di luar sana.
Pimpinan MBM diberikan taklimat mengenai fungsi dan operasi airasia academy sebagai platform korporat dalam memberikan latihan kemahiran secara profesional kepada belia-belia.
Hadir sama Pengarah Pembangunan dan Strategi Perniagaan airasia academy Encik Imran Adly; Naib Presiden MBM Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun; Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Abu Kadir dan Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Suhaimi.
































