MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-Institut Kong Zi anjur kelas belajar bahasa Mandarin untuk belia

KUALA LUMPUR 14 Sep – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Kong Zi bertempat di Universiti Malaya.

Institut ini merupakan sebahagian daripada rangkaian CI global yang ditubuhkan oleh Hanban (Beijing) dan Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU).

Pelancaran rasmi institut ini berlangsung pada 1 November 2009 oleh Naib Perdana Menteri China ketika itu, Li Keqiang.

Pembukaan Institut Kong Zi di Malaysia ini sebagai satu lagi kaedah silang budaya dan pendidikan antara China dan Malaysia.

Insha Allah, MBM dan Institut Kong Zi akan menganjurkan kelas belajar bahasa Mandarin yang terbuka kepada golongan belia bermula November nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »