MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM, i-LEAD bincang bangunkan modul pemahaman generasi muda terhadap pendidikan demokrasi

PUTRAJAYA 8 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat bersama pengurusan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) KBSMalaysia bertempat di Pejabat i-LEAD.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah i-LEAD, Haji Mohd Haswandi Haji Ahmad.

Antara agenda perbincangan adalah mengenai ruang kerjasama antara MBM dan i-LEAD dalam membangunkan modul berkaitan pemahaman generasi muda terhadap pendidikan demokrasi negara.

MBM turut berkongsi input dan pandangan melalui penganjuran Sekolah Politik yang dilaksanakan MBM sebelum ini.

MBM dihadiri oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden, Sdr. Khairul Azman Azeez dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »