MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM hulur bantuan pondok tahfiz terbakar

Kuantan, 25 Januari 2017: Prihatin atas kejadian kebakaran asrama lelaki Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, Kuala Penor , Kuantan   baru- baru ini telah menarik perhatian Majlis Belia Malaysia untuk membantu meringankan beban pusat pengajian Islam ini. Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Negeri Pahang dan dibantu oleh sukarelawan Gerakan Belia 4B Kuantan telah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan pemberian sumbangan sebanyak 50 loker kepada pusat pengajian Islam ini. Bangunan Asrama yang menempatkan seramai 110 pelajar lelaki pusat pengajian Islam ini telah musnah terbakar pada 16 Januari lepas .

Tuan Hj. Muaamar Ghadaffi Dato Wira Jamaludin, Presiden MBM telah mengetuai kumpulan ini bagi penyempurnaan majlis ini. Majlis ini turut disertai oleh Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Timbalan Presiden MBN Pahang merangkap Penolong Bendahari MBM.

Selesai majlis penyerahan loker, kumpulan ini seterusnya telah bergerak ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Pahang, Kuantan bagi penyerahan sumbangan berupa 100 biji tilam dan bantal kepada  mangsa banjir. Mangsa banjir amat gembira atas sumbangan ini kerana telah membuatkan mereka berasa lebih selesa di pusat pemindahan mangsa banjir ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »