MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM himpun penggiat industri sukan

Kuala Lumpur, 5 Mei 2012 – Industri sukan telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada negara iaitu dengan jumlah 30.2 bilion pada tahun 2011. Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyahut seruan Perdana Menteri untuk mengadakan program yang menghimpunkan penggiat industri sukan iaitu Pameran Industri Sukan Malaysia (MSIE2012) yang bermula pada 4 Mei dan berkahir pada 6 Mei 2012. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Sri Ismail Sabri bin Abdul Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia pada 5 Mei 2012 bertempat di Dewan Tun Razak, PWTC pada jam 3 petang.

Seramai 200 penggiat industri telah mengambil bahagian dalam acara ini dan model Transformer Optimus Prime bersaiz sebenar telah menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung. Menurut Encik Rhayme Yahaya, Exco MBM yang juga Ketua Pengarah MSIE2012, MSIE ini bukan acara pameran semata-mata, ianya merupakan tempat di mana penggiat industri sukan telah bertemu secara terus dengan pengunjung-pengunjung yang kebanyakkannya adalah dari golongan belia  yang menjadikan sukan sebagai aktiviti harian. MSIE juga turut mengadakan acara-acara sampingan seperti Battle of the Band, pertunjukkan peralatan sukan, pameran kenderaan serta himpunan kelab-kelab kereta dari seluruh Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »