Kuala Lumpur | 22 November – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri program Town Hall anak Muda: Lead The Leaders 2.0 anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia Wilayah Persekutuan bersama 120 orang peserta bertempat di Saito Universiti Kolej, Kampus Cheras.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Jack Janda Anak Pioh yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam program tersebut Sdr. Mohd Ismail Hj Mahyudin; Exco MBM, Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latif; Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B dan Sdr. Hamirul Idzwan Hamizan; Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia Wilayah Persekutuan.
Antara perkara yang dikongsikan dalam sesi town hall tersebut adalah mengenai pertubuhan belia serta peranan belia dalam merealisasikan SDG di Malaysia.