6 April 2023 | Selangor
Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri syarahan “The Challenges of Balanced Youth Development In The Cyber Era” yang disampaikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Program berlangsung di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra Malaysia.
Hadir dalam sesi syarahan ini, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung dan Sdr. Eow Shiang Yen; Exco MBM.
Penganjuran syarahan tersebut adalah kerjasama antara Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dengan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Institut Darul Ehsan (IDE) dan Selangor Youth Community (SAY).