MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Sidang Simulasi Model OIC

Indonesia | 30-31 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Syafiq Ridzwan, Penolong Ketua Penerangan MBM telah dijemput menyertai Sidang Simulasi Model OIC bagi Jawatankuasa Komersial dan Kerjasama Ekonomi (COMCEC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung selama 2 hari di Gedung Mesyuwarah Perwakilan Rakyat, Jakarta.

Sidang simulasi yang dianjurkan oleh OIC Youth Indonesia dengan Kerjasama Eurasian Regional Centre of Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF-ERC).

Persidangan yang bertemakan ekonomi dengan topik perbincangan berkaitan Economic Revitalization: Aftermath of the COVID-19 Pandemic turut disertai oleh lebih 50 orang delegasi yang terdiri daripada mahasiswa dan belia terpilih seluruh Indonesia antara lainnya bertujuan sebagai persiapan awal menuju Persidangan G20 yang akan dipengerusikan oleh Republik Indonesia pada bulan November ini.

Matlamat utama Persidangan Simulasi Model OIC ini merupakan salah satu inisiatif daripada ICYF dalam usaha menyokong dan memperkasa hubungan Kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia-belia negara OIC, medan mengasah kemahiran diplomasi dan komunikasi antarabangsa serta mengembangkan kefahaman dan penguasaan warga belia berkaitan isu-isu dalam kalangan negara OIC.

Suatu resolusi telah dihasilkan pada penghujung persidangan bagi menyeru kesatuan hati dalam kalangan negara-negara ahli OIC bagi membantu dan menyokong pemulihan semula ekonomi, pembangunan sektor sosial serta mengwujudkan Kerjasama Pintar dan saintifik bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam kalangan negara-negara OIC.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »