MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Sesi Libat Urus Bersama KPWKM

Kuala Lumpur | 22 Februari – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir dalam sesi libat urus bersama rakan strategik wanita dan masyarakat bertempat di Hotel Royale Chulan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Exco, Sdri. Asya Rahman telah hadir dalam sesi libat urus tersebut.

Sesi libat urus ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi tujuan memantapkan lagi halatuju dan sistem sokongan serta meningkatkan jaringan sinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan wanita dan memperkukuh institusi keluarga negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »