JAKARTA 8 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan telah mewakili MBM menghadiri Majlis Makan Malam YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Program ini merupakan sebahagian rangka lawatan YAB Perdana Menteri ke Indonesia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Hadir sama Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) yang juga mantan Presiden MBM.