MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Program Bersama Belia Pulau Pinang

Pulau Pinang | 28 September – Destinasi hari kedua Majlis Belia Malaysia (MBM) ke utara telah mengunjungi program Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community MBD Timur Laut di Kompleks Masyarakat Penyayang dan kemudiannya singgah bersama MBD Seberang Perai Utara bertemu belia serta masyarakat setempat di Dewan Terbuka Masjid Jamek Permatang Rambai.

Hadir dalam siri Jelajah kali ini Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM, Sdr. Syed Osman; Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Amir Syarifuddin; Exco MBM dan Sdr. Ibnu Isa; Exco MBM.

Menyambut ketibaan pimpinan MBM, Sdr. Hafiz Ali, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang, Sdr. Ong Choon Keat; Yang Di-pertua MBD Timur Laut dan Sdr. Mohd Naim Kasin ; Yang Di-pertua MBD Seberang Perai Utara.

Turut serta YB Joshua Woo Sze Zeng; ADUN Pulau Tikus dan Encik Imran Syafiq ; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Antara pengisian aktiviti pada program tersebut ialah perkongsian daripada ikon belia & pimpinan JBNPP, perkongsian berkaitan “Belia Minda Global”, aktiviti permainan tradisional congkak, sepak raga kenduri dan persembahan silat.

Selain itu, turut diadakan booth pameran, Jom masuk persatuan belia, peluang menyambung pengajian bersama MAHSA University dan pelbagai lagi.

Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community ini menampilkan penglibatan belia dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti dibawah Rakan Muda dalam segmen Rakan Ekspresi.

Penganjuran program ini merupakan sokongan dan kerjasama yang hebat daripada Kementerian Belia dan Sukan, Chery Malaysia dan Belia Mahir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »