MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM hadiri Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030)

KUALA LUMPUR 21 Okt – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Puan Asya Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga telah mewakili MBM ke Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030) yang berlangsung di WTC Kuala Lumpur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam ucapannya berkata, ‘sejak akhir-akhir ini, negara menyaksikan peningkatan pelbagai masalah sosial yang membimbangkan di mana ia memberi gambaran jelas bahawa kesejahteraan sosial negara perlu ditangani lebih menyeluruh dan strategik’.

‘Kerajaan sedar bahawa pembangunan ekonomi sahaja tidak mencukupi tanpa keseimbangan dari segi pembangunan sosial dan moral’.

DSN 2030 diperkenalkan sebagai langkah proaktif untuk menangani cabaran sosial secara holistik. Ia merupakan usaha bersepadu kerajaan melalui kementerian, NGO, swasta dan masyarakat dalam memastikan setiap lapisan rakyat dapat menikmati kehidupan berkualiti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »