MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM HADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEMADAM KALI KE-44

BAYAN LEPAS 3 November – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam kali ke-44.

Dalam ucapan dasar, Yang Dipertua Pemadam YB Dato’ Azis Jamman yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyentuh peranan penting Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk membantu Biro Belia dan NGO Pemadam dalam melaksanakan kerja pendidikan anti dadah dan membasmi dadah dalam kalangan belia dan remaja.

Tambah beliau Pemadam harus menjadi wadah bebas politik kepartian yang menumpu kepada pembasmian musuh nombor satu negara ini secara agresif.

MBM diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden, Sdr. Lim Swee Bok.

MBM merupakan ahli lantikan tetap untuk Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Pemadam dan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah Penaung Pemadam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »