MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Makan Malam Ulang Tahun ke-20 CECCM

Kuala Lumpur | 16 Disember – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri jemputan khas Dewan Perniagaan dan Perusahaan China di Malaysia (CECCM) ke Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-20 CECCM di Hotel Shangri-La.

Bertemakan “Perniagaan China-Malaysia Mendekati Masa Depan Bersama”, program ini dihadiri Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing dan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook.

MBM dan Kedutaan China mempunyai hubungan baik dan telah merancang beberapa program kehadapan demi manfaat belia-belia kedua negara khususnya dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan kebudayaan.

MBM diwakili oleh Presidennya Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM Sdr. Syed Naquib Syed Abdul Rahman dan Presiden EMCO Sdr. @Ng Jun Fai.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »