MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Majlis Sambutan Winter Soltice

Kuala Lumpur | 15 Disember – Majlis Belia Malaysia telah dijemput menghadiri Majlis Sambutan Winter Soltice yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan bertempat di KL Gateway Mall.

Hadir mewakili MBM, Sdr. Izham Ahmad ; Bendahari Kehormat dan Sdri. Ng Chor Eng (Jessy) ; Exco.

Turut serta Sdr. Khairul Rizam Abdul Samah ; Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

Dong Zhi atau Winter Solstice merupakan sebuah perayaan yang dirai oleh masyarakat kaum Cina. Dalam sambutan itu juga, MBM telah menyampaikan hadiah kepada mereka yang hadir sebagai tanda kenangan.

MBM merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan atas jemputan pada program tersebut.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »