KOTA TINGGI 3 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir telah menghadiri Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi di sini.
Program anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
Majlis turut hadir Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pengarah NDAMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.
Sdr. Mohd Faiz Mohamad, Ahli Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir telah mewakili MBM ke program ini yang turut dihadiri Sdr. Alif A Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana dan kecemasan yang tidak dijangka.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk menyokong kempen Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 antaranya :
– Pameran agensi-agensi penyelamat yang menampilkan peralatan dan teknologi terkini yang digunakan dalam operasi penyelamatan;
– Demonstrasi simulasi kecemasan oleh pasukan bomba, APM dan polis yang menunjukkan langkah-langkah menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan seperti banjir dan kebakaran;
– Latihan pertolongan cemas melibatkan sukarelawan dari komuniti setempat dengan kerjasama pihak hospital dan paramedik; dan
– Taklimat keselamatan tentang peranan masyarakat terhadap kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana.
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic1-3-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic2-3-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic3-2-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic4-2-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic5-1-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/10/pic6-1-1024x683.jpg)