KUALA LUMPUR 18 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai rakan strategik kepada Pusat Belia Antarabangsa (IYC) sejak dahulu lagi komited secara bersama membangunkan program-program pembangunan belia baik di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa.
Presiden MBM dan Setiausaha Agung (MBM) telah menghadiri undangan Majlis Hi-Tea bersama Pemegang Taruh Pusat Belia Antarabangsa yang berlangsung di Dewan Kampo, IYC Cheras.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin.
Hadir sama Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.