MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Majlis Graduasi Akademi AirAsia 2022

Selangor | 6 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Graduasi Akademi AirAsia yang diadakan di Bangunan AirAsia RedQ, Sepang.

Majlis ucapan pembukaan disampaikan oleh Puan Aireen Omar, CEO Akademi AirAsia. Hadir menyampaikan sijil kepada para peserta, Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, CEO Yayasan Peneraju.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia.

Sermai 300 graduan yang terdiri daripada pelajar tajaan Yayasan Peneraju, Airbus, Carsome, MBInc dan rakan-rakan Allstars telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dalam Pemasaran Digital, Kejuruteraan Perisian, Analitis Data, Infrastruktur Awan dan Keselamatan Siber dibawah kendalian Akademi AirAsia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »