SUBANG 17 Julai – Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 telah berlangsung dengan gemilang di Hotel Grand Dorset Subang dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyempurnakan majlis berprestij ini.
Seri Paduka Baginda turut mengurniakan Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022 kepada atlet badminton serta Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 buat atlet gimrama.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Presidennya, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir sama bagi meraikan penghargaan buat atlet dan penggiat sukan tanah air.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha KBS, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad.
Anugerah Sukan Negara merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang mencipta kejayaan di Malaysia dan pentas antarabangsa.