Kuala Lumpur | 22 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungan telah menghadiri jemputan majlis hi-tea dan mini pameran oleh Kedutaan China di Malaysia bertempat di kedutaanya Jalan Ampang.
Kehadiran tetamu disambut oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Hadir dalam majlis tersebut, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Dato Syed Osman, Naib Presiden MBM , Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM dan wakli pimpinan badan gabungan MBM.
Dalam majlis tersebut MBM telah dibawa melihat lukisan seni, penulisan kaligrafi, pembuatan ukiran wau bulan, persembahan Guzheng dan pelbagai lagi.