PULAU PINANG 22 Ogos – Sebagai rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Bengkel Penambahbaikan Dasar Pengguna Negara (DPN) bertempat di Hotel Hompton, Tanjung Bungah.
Bengkel berlangsung 3 hari ini bertujuan memuktamadkan visi dan matlamat serta mengenal pasti keperluan dan perubahan dalam strategi kementerian supaya sesuai dan seiring dengan perkembangan isu-isu semasa.
Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun yang hadir mewakili NGO Belia berkongsi pandangan dan idea berhubung skop masyarakat belia.
Selain MBM, bengkel ini juga melibatkan pelbagai kumpulan pakar dan informan daripada kalangan ahli akademik, pemain industri sosial, media, NGO dan pakar rujuk.
Tahniah KPDN. Semoga hasil dari perbincangan ini dapat menzahirkan natijah kebaikan buat masyarakat khususnya pengguna belia.