Kuala Lumpur | 14 Disember – Mencegah dan membendung berlakunya jenayah merupakan tanggungjawab seluruh masyarakat dan golongan mahasiswa sebagai agen penggerak nilai positif dalam komuniti.
Forum Pencegahan Jenayah yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah berlangsung di Universiti Malaya (UM).
Hadir mewakili MBM sebagai panel, Saudara Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Penolong Ketua Penerangan MBM.
Turut sama dalam forum tersebut, Ybhg Prof Datuk Dr. Shamrahayu; Pensyarah Undang-Undang UIAM, Ybrs En Yusri Che Dah; Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, JKM dan Saudara Lim San Shien; Wakil Mahasiswa UM.
Forum dikendalikan oleh Ybrs Prof Madya Dr. Nadzriah Ahmad; Pensyarah Undang-Undang UiTM Shah Alam.