Perlis | 25 September – Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) telah menyempurnakan tanggungjawab pertubuhan dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-34.
Mesyuarat yang diadakan di Dewan Seminar, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Seruandi Saad
Mempergiat dan memperkasa agenda pembangunan belia serta usaha membendung penyalahgunaan ganja/daun ketum dalam kalangan belia antara yang disentuh dalam ucapan beliau.
Yang Dipertua MBNPs, Sdr. Izan Asmawi menyahut baik saranan YB Seruandi dan menyatakan komitmen MBNPs untuk menggerakkan agenda pemerkasaan belia Negeri Perlis walaupun berhadapan cabaran penghijrahan belia.
Dalam MAT ini juga, MBNPs telah menerima permohonan kemasukan MIYC Negeri Perlis sebagai badan gabungan baharunya.
Hadir mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) ke MAT ini Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.