Putrajaya | 22 Februari – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dipengerusikan Dato’ Azman Taib Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
Sukarelawan KBS dan MBM akan dilatih dan digerakkan ke seluruh Malaysia mengikut Pusat Suntikan Vaksin (PSV) untuk membantu dalam urusan pemberian suntikan vaksin.

