Pahang | 1 April 2022 – Majlis Belia Daerah (MBD) Bera telah menganjurkan Jamuan Makan Malam Belia Daerah Bera sempena Mesyuarat Agung Tahunan MBD Bera dan pemilihan kepimpinan baharu.
Kehadiran tetamu disambut oleh Sdr. Azman Shah Bin Musa, Pengerusi MBD Bera yang baharu mengantikan Sdr. Rosidi Hasan dan merupakan Mantan Timbalan Pengerusi Tetap MBM.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah menghadiri jamuan tersebut.
Jamuan makan malam tersebut turut dihadiri oleh Encik Khaizulnizam Bin Mohamad Zuldin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.




