MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadir Libat Urus Belanjawan 2024

Putrajaya | 14  Julai – Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Memperkasa Malaysia MADANI’ bertempat di bangunan Kementerian Kewangan.

Pembentangan belanjawan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Beliau dalam pembentangan tersebut telah mengumumkan perkara penting seiring dengan prinsip Naratif Ekonomi MADANI untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang tuntas dan mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Sesi libat urus ini adalah permulaan kepada siri libat urus lebih komprehensif yang bakal diadakan di seluruh negara sebelum Pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »