MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadir HBN Negeri Kedah

Alor Setar | 13 Ogos – Telah berlangsung Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Johan Individu (Lelaki dan Wanita) dan Pertubuhan Belia.

Penganugerahan kali ini juga menampilkan dua kategori khas iaitu Anugerah Khas YAB Menteri Besar Kedah Kategori Lelaki dan Wanita.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir mewakili Presiden MBM ke program ini.

Turut hadir Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Pengarah JBS Negeri Kedah, Encik Abd Aziz Abd Rahman, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Sdr. Amir Murshidi dan kepimpinan MBN Kedah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »