Alor Setar | 19 Disember 2020 – Dua wakil Majlis Belia Malaysia (MBM) saudara Mohd Nizam Omar, Penolong Bendahari Kehormat MBM dan saudara Hasanul Amir Abdul Halim telah menghadiri Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Fit Malaysia Time2fit 2020-2021 Peringkat Negeri Kedah.
Sambutan dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Firdaus bin Ahmad Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah dan disaksikan oleh YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan saudara Hamdan Jamel Presiden Majlis Belia Negeri Kedah serta jemputan kehormat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia .