Kuala Lumpur | 19 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi Dialog Anak Muda ‘Temu Anwar’ bersama Datuk Sri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.
Hadir dalam sesi tersebut, Dato Syed Osman, Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Faiz Shuhaimi dan Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM.
Pelbagai persoalan diajukan oleh para belia, antaranya berkaitan ekonomi, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Sesi tersebut juga diadakan bertujuan,memberi penerangan mengenai wawasan kerajaan menerusi konsep Malaysia MADANI. Program telah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC).





