Putrajaya | 29 Mac – Felo Penyelidik MBM, Mohd. Fauzi B Hj. Fadzil telah mewakili MBM dalam “Bengkel Pemurnian Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Penubuhan Institut Kewangan Khusus Untuk Golongan Belia: Bank Belia” anjuran IYRES Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Bengkel ini adalah sesi terakhir menghimpun kesemua ex-officio yang terlibat dengan kajian ini bagi memberi pandangan terhadap laporan akhir yang bakal dibentuk dan diserahkan kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Ketetapan yang dipersetujui dalam kajian ini adalah untuk tidak membentuk sebuah bank baru bagi memenuhi golongan belia, tetapi cadangan diberikan untuk membentuk institusi kewangan bagi menampung keperluan golongan belia. Institusi kewangan ini juga akan bertindak sebagai sebuah pusat sehenti bagi menghimpunkan kesemua inisiatif kerajaan yang berkaitan dengan golongan belia untuk disebarkan secara bersepadu dan meluas.
